Tuesday, 17 July 2012

excel essigment

LuCu= AyahKu

Akhirnya Pak Ali yang sudah tua dimasukkan anak-anaknya ke rumah orang-orang tua. Baru saja dia masuk ke sana, seorang jururawat yang ayu sudah datang menemaninya duduk-duduk di anjung.

Begitulah, mereka berdua duduk bersebelahan sambil menatap matahari yang hendak terbenam. Tiba-tiba Pak Ali mencondongkan badannya ke kanan.

Si Jururawat dengan cekap menangkapnya agar tidak terjatuh dan menegakkan badannya kembali.

Beberapa saat kemudian kembali Pak Ali mencondongkan badannya, kali ini ke kiri. Kembali dengan tangkas si jururawat menegakkannya kembali. Begitulah terjadi selama beberapa menit.

Akhirnya si jururawat membawa Pak Ali kembali ke biliknya.

Keesokan harinya anaknya datang melawat.

“Bagaimana keadaan ayah di sini?” tanya anaknya.

“Menyenangkan . Tilamnya empuk, makanannya enak, jururawatnya manis-manis. Tapi ada satu masalah”

“Masalah apa ayah?”

“Mereka tidak mengizinkan ayah kentut di sini”

CEriTa LucU= HaRi JAdI

Seorang anak bertanya pada ibunya.
Anak : Mama, bila harijadi saya ke-17 nanti, boleh buat pesta dirumah?

Mama : Boleh...boleh..Nanti mama akan aturkan.

Anak : Ma, ..boleh saya mengajak kawan-kawan saya sekali?

Mama : Boleh, ..nanti mama uruskan jemputannya.

Anak : Ma.., boleh saya pakai baju baru berwarna pink tak?

Mama : Boleh...boleh, nanti mama belikan.

Maka tibalah harijadinya yang ke-17 itu, berpestalah dirumahnya, kawan-kawannya sudah datang, anak itu memakai baju barunya dan kembali bertanya pada mamanya.

Anak : Ma..boleh saya pakai lipstick tak?

Mama : Tak boleh!

Anak : Alah.....mama, pada harijadi ke-17 ini kan terjadi cuma sekali dalam hidup, takkan pakai lipstick pun tak boleh...

Mama : Tidak boleh.! Kamu boleh adakan pesta, kamu boleh menjemput rakan-rakan kamu, kamu boleh pakai baju pink baru itu, tapi kamu tidak boleh pakai lipstick

Anak : Alaaaa ....boleh la mama........., please.....

Mama : Azwan!!!!! kali ini mama tidak mahu berkompromi... TIDAK BOLEH, kamukan Lelaki!
Untuk renungan bersama....
Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri
baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah
sebatangpohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya
berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada
bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada
yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri
kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat
dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung
kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil
pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.
Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh.
Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai
perasaan malu (pada tempatnya).
Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk
mempertahankan dirinya.Oleh itu, wanita perlu tahu
mempertahankan diri dan maruah sebagai
seorang wanita muslim.
Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang
sangat kuat dan
mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah
hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat
dengan Allah Rabbul Alamin.
Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan
sendirinya apabila
senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian,
kembalilah ke rumahmu
apabila waktu semakin senja. Ambillah
pengajaran dari
semalu walau pun ia
hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

my favorite band

Perkara Membatalkan Puasa.

Mari kite Same ambil pengetahuan....walaupn da tau...heheheh

=Masuk sesuatu ke dalam rongga badan dengan sengaja. Benda terbabit ialah makanan atau minuman atau apa jua yang tidak dibenarkan. Batal puasa dengan sebab makan dan minum dengan sengaja sudah disepakati ulama kerana Allah berfirman, maksudnya:

“Makanlah dan minumlah hingga nyata bagi kamu benang putih daripada benang hitam dari fajar.” (al-Baqarah: 187) 

Dengan ayat ini, beberapa perkara yang ada unsur makan atau minum diqiaskan kepadanya. Namun ada yang disepakati ulama dan ada yang masih di dalam kategori perbezaan pendapat.

=Hubungan seksual. Jimak juga disepakati sebagai perkara yang membatalkan puasa. Ini antara lain kerana hadis menerangkan bahawa puasa itu bagi meninggalkan nafsu syahwat. Firman Allah bermaksud: “Dihalalkan bagi kamu pada malam puasa untuk kamu bersama dengan isteri kamu.” (al-Baqarah: 187)
=Keluar sesuatu daripada badan iaitu muntah dengan sengaja. Faktor sengaja penting dalam proses membatalkan puasa. Jika sesuatu dilakukan tanpa sengaja seperti terlupa, maka puasa tetap sah. 

Perkara makruh dilakukan ketika berpuasa:
=Keterlaluan berkumur ketika wuduk. Nabi s.a.w sangat suka berkumur ketika wuduk. Namun, perbuatan itu dikurangkan sedikit jika Nabi s.a.w berpuasa.
=Bersugi selepas waktu Zuhur. Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w maksudnya: “Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau kasturi pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Bukhari)

Dalam hadis ini tiada satu dalil khusus menunjukkan bersugi selepas Zuhur adalah makruh. Cuma, bau mulut berubah pada waktu Zuhur. Oleh kerana bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah, maka wajarlah dikekalkan bau mulut itu.
=Berbekam. Ini mungkin kerana berbekam melemahkan orang yang berpuasa. Di samping itu, ada hadis yang menjelaskan berbekam juga boleh membatalkan puasa.
=Merasai makanan tanpa hajat. 
=Mencium dan memeluk pasangan. 
=Cakap banyak tanpa hajat. Ini kerana banyak bercakap mengundang pelbagai kemungkinan, termasuk fitnah dan tersalah cakap. 
=Banyak tidur. Tidur keterlaluan akan lari daripada tujuan merehatkan badan, bahkan akan melemahkan kembali tubuh badan. 
=Mengumpul banyak air liur dan menelannya.

Monday, 16 July 2012

Rahsia Bulan Lahir Saya

Baek x org yh lahir bulan 7...hehe

JULAI

-Sangat suka didamping. 
-Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki. 
-Agak pendiam kecuali dirangsang. 
-Ada harga dan maruah diri. 
-Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan. 
-Mudah dipujuk dan bercakap lurus. 
-Sangat menjaga hati orang lain. 
-Sangat peramah. 
-Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya. 
-Berjiwa sentimental. Jarang berdendam. 
-Mudah memaafkan tapi sukar melupakan. 
-Tidak suka benda remeh-temeh. 
-Membimbing cara fizikal dan mental. 
-Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang. 
-Layanan yang serupa terhadap semua orang. 
-Tinggi daya simpati. 
-Pemerhatian yang tajam. 
-Suka menilai orang lain melalui pemerhatian. 
-Mudah dan rajin belajar. 
-Suka muhasabah diri. 
-Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama. 
-Suka mendiamkan diri. 
-Suka duduk di rumah. 
-Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan. 
-Tidak agresif kecuali terpaksa.
-Lemah dari segi kesihatan perut. 
-Mudah gemuk kalau tak kawal diet. 
-Minta disayangi. 
-Mudah terluka hati tapi lambat pulih. 
-Terlalu mengambil berat. 
-Rajin dalam membuat kerja 

Sunday, 15 July 2012


Fadilat ayat terakhir surah al-Hasyr

AMMAR bin Yasar berkata dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa yang membaca ‘auzubillahis samiul alim minas syaitanirajim’ tiga kali diikuti membaca tiga ayat yang terakhir daripada surah al-Hasyr, nescaya Allah akan menghantar kepadanya 70,000 malaikat khusus untuk berselawat (berdoa) kepadanya hingga pagi. Jika dia mati pada hari itu, maka dia mati syahid”.
Alangkah bertuah apabila seseorang itu beramal dengan doa berkenaan pagi dan petang, jika dia mati pada hari itu, Allah kurniakan mati syahid pula.

Justeru, adalah lebih baik jika bangun saja daripada tidur terus berdoa atau selepas menunaikan solat Subuh ketika masih bersih daripada sebarang kekotoran dan hadas.

Selepas berdoa akan diikuti pula dengan bacaan tiga ayat terakhir dari surah al-Hasyr.

Lebih afdal jika dilakukan ketika bangun mendirikan solat tahajud dan witir pada akhir malam.

Berkata Yazid bin Raqas dari Anas r.a Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa yang membaca akhir surah al-Hasyr hingga akhirnya, apabila mati pada malam itu maka dia mati syahid”.

Jika badan terlalu letih dan amat mengantuk, bacalah doa yang ringkas seperti doa:

“Ya Allah, dengan nama-Mu, aku letakkan tubuhku di tempat pembaringan dan dengan nama-Mu akan aku angkat kembali tubuhku apabila aku bangun esok.”



12 Sifat SAHABAT

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu
3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik
5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu
6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya
7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu)
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Sungguhpun begitu, kita seharusnya individu yang perlu memiliki sifat-sifat di atas. Semoga persahabatan dan persaudaraan sesama kita sentiasa berkekalan dan menguatkan lagi ukhuwah Islamiah.